Realiti maya dalam pendidikan



Realiti maya telah menjadi satu peralatan teknologi paling membangun kerana dapat melatih manusia dalam abad ke-21. Penggunaan realiti maya adalah sebagai sebuah peralatan yang terlatih untuk individu atau pelajar yang masih tidak berkeupayaan dan tiada pengalaman dalam sesuatu latihan seperti pembedahan dan sebagainya.

Penggunaan realiti maya sebagai sebuah peralatan terlatih di dalam pelbagai bidang seperti persekitaran perubatan mempunyai banyak faedah yang mana termasuk memberi pengalaman eksperimen praktikal untuk pelajar atau pelatih sebelum melakukan satu tatacara pembedahan. Persekitaran realiti maya akan membawa individu dimasukkan ke dalam suatu persekitaran yang meniru alam sebenar.