Realiti Maya(Virtual Reality)

Realiti Maya secara umumnya dikenalpasti sebagai salah satu teknologi perkakasan. Ia berdasarkan konsep ,presence, dan telepresence dimana ia merujuk kepada adaptasi persekitaran yang di bangunkan secara semula jadi. Dua dimensi teknologi yang telah menyumbang kepada telepresence ialah ketelitian dan interaktiviti. Sekumpulan media telah di klasifikasikan berdasarkan dimensi ini. Ia telah di prototaipkan pada kadar sederhana seperti telefon atau televisyen. Bahan baru ini merupakan suatu koleksi teknologi perkakasan termasuklah computer, paparan pada kepala, headphone dan sarung tangan sensitif persekitaran bagi tujuan realiti maya. Fokus utama realiti maya ialah dari aspek teknologi selain dari aspek eksperimen kerana ia merupakan gabungan teknologi dari pelbagai perkakasan. Konsep sedemikian adalah penting kerana ia berguna semasa penghasilan suatu perkakasan yang berkaitan realiti maya. Namun bagi penyelidik bagi bidang telekomunikasi, pembangun perisian, sebarang perkakasan yang berlandaskan realiti maya adalah
Tidakbolehditerimapakai.


Terdapat 3 definisi khusus bagi realiti maya iaitu:

1. Realiti maya merupakan simulasi elektronik dari persekitaran yang dapat
diperolehi melalui paparan pada 'goggles’dan pakaian yang di sambung wayar dimana ia
membolehkan pengguna akhir untuk berinteraksi dengan situasi tiga dimensi secara realistik.

2. Realiti maya ialah suatu dunia alternative yang dipenuhi dengan imej yang
dihasilkan oleh computer yang berinteraksi dengan pergerakkan manusia. Persekitaran
simulasi ini selalunya akan dibantu oleh suatu sut data yang mahal yang mempunyai ‘goggle’
video stereofonik dan sarung tangan data gentian optic.

3. Ia merupakan reality tiga dimensi yang di implimentasikan dengan 'goggle'stereo
dan sarung tangan realiti